Program Stem Bersama Tabika Kemas Jakoa Darul Nasuha
22 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2024 (Ahad), telah berlangsung Program STEM Bersama Tabika Kemas Jakoa Darul Nasuha di PEDi Kg Semanggar Dalam. Program ini telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi dan telah dihadiri seramai 21 orang pelajar dan 4 orang tenaga pengajar Tabika KEMAS.
Kami telah memperkenalkan aktiviti Quiver kepada para pelajar dan guru. 3 jenis lukisan telah diedarkan secara rawak untuk pelajar warnakan. Sambil itu, kami turut menerangkan kepada guru-guru mereka cara-cara memuat turun aplikasi Quiver bagi tujuan mengimbas qr code pada lukisan dan melayari aktiviti yang disediakan mengikut lukisan.
Pada akhir program ini, para pelajar dan guru berasa seronok akan aktiviti yang dijalankan dan berharap agar program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: